Jakarta: Gara-gara aksinya dirakamkan dalam keadaan memalukan Chelsea Islan terus tertekan dan kini mengalami kemurungan.
Bagaimanapun, ibu Chelsea, Samantha Barbara menafikan laporan berkenaan.
Kata Barbara, Chelsea tetap tabah dan tidak mengalami kemurungan kerana rakaman itu bukanlah kejadian baru, sebaliknya empat tahun lalu.
“Rakaman video itu dibuat tanpa pengetahuan atau keizinan Chelsea,” katanya.
Isu itu menjadi hangat selepas imej separuh bogel Chelsea tersebar luas sejak 25 Februari lalu.
Video selama 13 saat itu menampilkan seorang wanita mirip Chelsea sedang membuka baju di dalam sebuah tandas.
Barbara kemudian mengakui remaja perempuan dalam video berkenaan adalah anaknya.
Chelsea, 19, lahir di Washington tetapi memiliki kewarganegaraan Indonesia.
Kemunculan pertamanya di layar perak dilakukan melalui filem Refrain membawa watak Annalise yang dikhabarkan tidak banyak bezanya dengan kehidupan sebenar Chelsea.
Dia disebut-sebut sebagai artis masa depan Indonesia. – Agensi
0 comments:
Post a Comment