Tidak salah untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jenjang pelamin.
Tidak dinafikan, hubungan lelaki dan wanita membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim.
Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia membuat komitmen.
Lelaki bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri.
Wanita pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.
Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya ‘hero‚ dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang wanita dengan tidak teragak-agak memberi ‘laporan‚ kepada rakan lain.
Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.
Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.
Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payudara membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.
Keadaan ini akan kekal dan tidak pulih kepada sedia kala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.
Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payudara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan tumbesaran boleh berlaku.
Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.
Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.
Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!
0 comments:
Post a Comment