Setelah mengambil gambar, pelajar sekolah Brooklyn itu juga sebarkan imej tersebut kepada rakan-rakan sekelas yang lain dimana mereka telah muat naik ke laman Facebook selepas itu.
Walaupun pengunaan telefon bimbit telah dilarang di sekolah,tersebut,namun murid itu secara curi-curi telah gunakan Iphone bagi niat kotornya itu.
Remaja itu sedang disiasat oleh pengetua sekolah selepas menerima aduan daripada beberapa pelajar sekolah berkenaaan apabila imej ‘bawah skirt’ cikgu terlibat itu tersebar luas di laman media sosial.
Menurut New York Post online, polis dan pegawai dari Jabatan Pendidikan wilayah Brooklyn turut dipanggil ke sekolah menengah John Dewey itu bagi menyiasat kejadian yang berlaku.
Sementara itu, ibu murid yang merakam imej itu mempertahankan anaknya dengan mengatakan cikgu tersebut tidak memakai pakaian yang sesuai dan menjolok mata.
Tetapi pelajar di sekitar kampus itu menafi kenyataannya dengan berkata guru itu memakai pakaian yang elok dan sesuai.
Bagaimanapun. Jabatan Pendidikan daerah tersebut memberitahu mereka akan mengambil perkara itu dengan serius dan itu tindakan wajar akan dikenakan atas perbuatan murid itu.
Manakala seorang guru sebelum melangkah keluar dari kampus itu mengulas bukan polisi telefon bimbit yang perlu dirisaukan tetapi amalan tata tertib pelajar yang harus dibimbangi sekarang.
0 comments:
Post a Comment