Ini kerana dosa melakukan maksiat dan dosa tidak menutup aurat adalah dua hal berbeza.
Begitu pun apabila sudah mengenakan tudung yang membawa imej seorang perempuan beragama Islam, maka pikullah tanggung jawab itu sebaiknya.
Jika tidak ia boleh dikira menjatuhkan maruah agama suci ini apatah lagi diri sendiri.
Inilah yang boleh dikatakan terhadap tindakan seorang remaja dipercayai mahasiswi Indonesia yang gemar memuat naik gambar bogel di laman sosial namun tudung kepala tidak pula ditanggalkan.
Pemeriksaan di akaun Twitter mendapati gadis ini bukan sahaja kerap memuat naik gambar bogelnya tetapi tidak segan silu berkongsi gambarnya bersama rakan-rakan kolej.
Tidak sekadar mempamerkan bahagian sulitnya yang dah sah-sah berdosa remaja ini turut memuat naik kapsyen yang terpesong dan merendahkan martabat seorang muslimah.
Di mana silapnya sampai jadi begini..
Kalau pun akaun Twitter ini adalah kerja individu tertentu yang mahu mendajalkan remaja ini, persoalan utamanya adalah mengapa begini banyak selfie bogel diambil olehnya – untuk apa?
Apa yang menyedihkan ada antara gambar gadis ini telah dikongsikan di laman sosial hingga menjadi bahan ketawa orang bukan Islam.
Sudah tentu kita tidak boleh menyalahkan mereka apabila penganut Islam seperti remaja ini sendiri telah membuka ruang untuk agamanya dihina.
Mudah-mudahan, tiada gadis tempatan kita tergamak berkelakuan tidak tahu malu sampai tahap seperti ini.
0 comments:
Post a Comment