Home » » 5 Gadis Dari Kuala Lumpur Ini Telah Buat Hal DepanShopping Mall SOGO!

5 Gadis Dari Kuala Lumpur Ini Telah Buat Hal DepanShopping Mall SOGO!

Posted by Media otak news on Wednesday, 4 February 2015

Mungkin mereka ni berkawan rapat dan jarang ketemu antara satu sama lain.
Sehinggalah ketika mereka sedang rancak bersembang di perkarangan pintu utama salah sebuah shopping mall terkemuka tanahair…
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Misteri Shopping Mall Menggamit Pengunjung
kisah kali ini Nh akan mengetengahkan tentang satu misteri yg pernah mengemparkan rakyat johor umumnya, ensiden ini berlaku pada tahun lalu.. tentu ramai diantara kita yg telah mengetahuinya.. Kisah banggunan Kemayan city yg telah lama terbengkalai selama 10 tahun ini dikatakan berhantu..
NH pernah sekali lalu jalan belakang Kemayan city ni.. memang menyeramkan.. banggunannya yg dah lusuh dan keadaan kawasan yg bersemak samun menambahkan lagi keseraman pada banggunan kemayan city, jika korang memandu ke bandaraya johor bahru, melalui jalan skudai-tampoi korang akan lalu dihadapan banggunan ini.. hati-hati lah yer.. jangan sampai korang ber shopping sakan pula kat mall ni heh..huhu..
Dikatakan sudah ramai yg diganggu oleh penghuni yg menetap didalam kemayan city, ada yg masuk ke dalam banggunan ini untuk mencari sarang burung walid, dan bila balik rumah, anaknya menangis tak henti-henti.. sehingga dibawa berubat barulah anaknya itu pulih..
Seorang penuntut yg baru balik ke johor dan ketika melalui banggunan kemayan city ternampak pasaraya besar ini meriah dengan tetamu yg berkunjung, mujurlah dia yg kepenatan tidak terus singgah ke banggunan tersebut, bila ditanya pada ibu bapanya, mereka mengatakan kemayan city sudah lama terbengkalai dan tidak pernah beroperasi..
Ada juga sumber yg mengatakan yg seorang rakannya pernah singgah makan malam di kemayan city, pada esoknya beria-ria dia bercerita pada rakan-rakan yg lain.. mereka yg mendengar hanya berpandangan sesama sendiri.. agak-agak apa yg dimakannya tu ek?? huu seram….
Pengalaman yg ditempuh oleh seorang brother ni, yg menghantar email ke stesen radio ria di singapura dalam rancangan misteri jam 12 ini tidak kurang hebatnya, dia yg ditugaskan memantau kawasan yg menyebabkan pembiakan nyamuk eades di kawasan dalam banggunan tersebut diganggu oleh penampakan lembaga sedang mencangkung diatas tangga serta satu lagi lembaga sedang melekap di dinding banggunan berkenaan…
Tapi kisah misteri kemayan city yg paling tip top adalah kisah yg dialami sendiri oleh satu keluarga warga singapura yg mengatakan shopping kompleks itu meriah dengan pengunjung.. mari kita baca kisah yg NH ambil dari harian metro..
JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.
Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.
“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.
“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Dah baca? nak tengok video pulak? hah jom layan video dibawah ni..
NH: terima kasih pada korang yg membacanya.. bukan niat Nh nak menakut-nakutkan korang tapi hanya sekadar berkongsi cerita dan Nh tidak menggalakkan korang mempercayai khurafat dan tahyul.. anggaplah kisah yg dipaparkan ini sekadar hiburan sahaja.. terima kasih…


0 comments:

Post a Comment

Popular Post

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers