Seorang penjawat awam wanita melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah dipaksa melakukan seks oral oleh penjenayah yang menyamar sebagai pengajar sekolah memandu di Jalan 5/54 di sini pada Jumaat lalu.
Turut hilang dalam kejadian pada pukul 1 petang, kereta Perodua Kancil milik sekolah memandu tersebut.
Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20-an itu sedang menunggu pengajar sekolah memandu itu yang keluar mengisi minyak kereta pelajar lain.
“Tiba-tiba muncul seorang lelaki mengaku sebagai pengajar dan meminta mangsa memandu kereta tersebut ke satu kawasan perumahan di Jalan 5/54.
“Suspek ketika itu mengekori kereta dipandu mangsa menaiki motosikal,” kata satu sumber ketika dihubungi di sini semalam.
Sumber itu memberitahu, ketika sampai di belakang satu kawasan perumahan di Jalan 5/54 itu, suspek yang mengaku memiliki senjata api memaksa mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya.
Bagaimanapun, suspek tidak menunjukkan senjata api tersebut.
0 comments:
Post a Comment