Home » » Awie Berhasrat Menderma Segala Organ Badannya Selepas Meninggal Dunia

Awie Berhasrat Menderma Segala Organ Badannya Selepas Meninggal Dunia

Posted by Media otak news on Monday, 2 February 2015

 Awie meluahkan hasrat hatinya untuk menderma segala organ badannya kepada pihak yang memerlukan selepas dia meninggal dunia kelak.

Hasrat ini diluahkan Awie dalam program derma darah dan organ anjuran Politeknik Kota Bahru, Kelantan Isnin lalu.

Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dalam keadaan masih ramai insan yang tidak sanggup melakukan pengorbanan semulia ini namun Awie mempunyai niat murni bagi membantu insan yang lebih memerlukan suatu hari nanti.

Awie berpendapat tindakan menderma organ adalah satu perbuatan mulia kerana ia merupakan amal jariah yang besar maknanya.

”Saya berasakan menderma organ itu amat baik kerana ia dapat membantu mereka yang memerlukan.

”Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah,” ujarnya.

Oleh demekian awie turut mengajak orang ramai supaya melakukan amalan berkenaan kerana dapat membantu banyak pihak yang menderita.


0 comments:

Post a Comment

Popular Post

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers