Home » » (Foto) Pelajar Kolej Ditemui Mati Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau

(Foto) Pelajar Kolej Ditemui Mati Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau

Posted by Media otak news on Wednesday, 25 February 2015



Seorang pelajar kolej yang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau ditemui mati.

Pelajar perempuan berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan tiba di pejabat tersebut kira-kira pukul 8 pagi pada Isnin.

Difahamkan mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tandas bangunan tersebut oleh rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata siasatan sedang dijalankan dan punca kematian masih belum dapat disahkan.

“Berikan kami masa, kami sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi.


1 comments:

Popular Post

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers