Home » » Gempar! Jalan Pudu Selepas Senja Ibarat ‘Mini Hatyai’

Gempar! Jalan Pudu Selepas Senja Ibarat ‘Mini Hatyai’

Posted by Media otak news on Friday, 6 February 2015


Sebut saja tentang Jalan Pudu di Lembah Klang ini, semua orang tahu di situ adalah syurga untuk membeli barang-barang murah.

Daripada barangan dapur hinggalah ke perkakasan rumah, semua barang tersebut boleh didapati di Jalan Pudu dengan harga lebih rendah berbanding pusat beli belah atau pasar raya.

Tidak hairanlah sekiranya Pudu menjadi tumpuan orang ramai pada setiap hujung minggu yang fungsinya pelbagai.

Dari pagi hingga ke larut malam, Pudu tidak pernah sepi daripada kunjungan individu tertentu kerana ada sesuatu yang berlaku selepas senja di situ.

Ia menjadi tumpuan lelaki hidung belang yang mahu mencari kepuasan demi memuaskan nafsu dirinya.

Perkara yang dimaksudkan ialah aktiviti pelacuran dan pondan yang berlaku di situ sejak beberapa tahun lalu.

Ironinya, Jalan Pudu menjadi sangat popular kerana aktiviti itu hingga ia boleh dianggap sebagai ‘Mini Hatyai”

Bagi mereka yang tidak tahu tentang dosa dan balasan azab seksa di dalam neraka, jalan itu menjadi kunjungan utama untuk mereka melempiaskan nafsu syahwat dengan hanya membayar dari RM30 hingga RM50 untuk sekali perkhidmatan.

Pelacur yang melakukan aktiviti persundalan itu pula merupakan warga China yang tidak diketahui identitinya sama ada masuk ke negara ini secara sah atau sebaliknya.

Manakala, pondan atau lebih sinonim dengan nama lain ‘mak nyah’ pula menjalankan aktiviti sama seolah-olah mereka itu berlawan-lawan dalam mengejar untung dalam aktiviti maksiat.

Apa yang menghairankan, keadaan seperti itu sememangnya tidak terkawal.

Difahamkan, lokasi pusat pelacuran dan pondan di kawasan berkenaan sudah banyak kali diserbu oleh pihak berkuasa polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) namun, tidak lama selepas itu aktiviti mereka wujud kembali.

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Sabirin, 37, berkata, dia yang bekerja di salah sebuah kedai di bangunan tersebut sudah muak dengan pelawaan pelacur warga China yang sering berkeliaran di situ.

Katanya, dia selalu digoda oleh pelacur-pelacur terbabit yang cuba menawarkan seks kepadanya tanpa langsung merasa takut atau malu.

“Saya sudah tidak tahu nak cakap apa lagi terhadap mereka ini.

“Pelacur-pelacur ini seolah-olah tidak takut dengan undang-undang sehingga mereka berani menawarkan seks kepada sesiapa sahaja yang ditemui,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post semasa melakukan tinjauan di kawasan berkenaan.

Sepanjang pemerhatian The Rakyat Post selama satu jam di situ, pelacur-pelacur terbabit akan beralih daripada seorang ke seorang hingga berjaya mendapat mangsanya.

Mereka akan menggunakan taktik menggoda dengan cara mereka sendiri, antaranya cuba meraba pelanggan atau rela alat sulit atau payudaranya diramas oleh si lelaki hidung belang.

Persoalannya, sejauh mana tahap kesihatan pelacur-pelacur warga China terbabit yang dikongsi-kongsi oleh pelanggan mereka yang juga terdiri daripada warga asing seperti lelaki Vietnam, Bangladesh, Nepal, Indonesia dan sebagainya.

Ah Hock, seorang pekerja bengkel motor di situ memberitahu, aktiviti pelacuran di situ seperti tidak boleh dibendung meskipun pihak berkuasa pernah melakukan banyak operasi.

Katanya, sejak dia bekerja di bengkel motor di situ sejak 10 tahun lalu, lebih lima kali serbuan oleh pihak berkuasa dilakukan pada sebelah malam yang pernah dilihatnya.

“Tempat ini hanya akan sepi paling lama pun setengah bulan, lepas itu pelacur dan pondan ini akan menjalankan aktiviti mereka semula.

“Mereka itu (pelacur) memang ada yang jaga. Kalau kena tangkap mereka akan lepas semula dan muka mereka boleh dilihat bulan depannya.

“Saya bukan mahu menuduh tapi ini mungkin ada berlaku salah laku oleh penguatkuasa hingga menyebabkan mereka bebas dan kebal dengan undang-undang di negara kita,” ujarnya.

Seorang kakitangan swasta yang ditemui dan enggan dikenali berkata, dia pernah terlihat beberapa remaja melanggan pelacur dan pondan yang beroperasi di situ.

Katanya, pelacur dan pondan terbabit tidak memilih pelanggan mereka asalkan ada yang tergoda dengan pujuk rayu dan bersedia memberikan wang, itu dikira rezeki mereka.

“Sedih saya lihat orang muda terutama anak Melayu melanggan pelacur dan pondan ini.

“Mereka ini cuma tahu keseronokkan tanpa melihat kesan yang akan ditanggung jika berlaku sesuatu pada diri mereka nanti,” katanya lagi.


0 comments:

Post a Comment

Popular Post

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers