Home » » Kisah Benar Seorang Wanita Maut Ditanduk Kerbau

Kisah Benar Seorang Wanita Maut Ditanduk Kerbau

Posted by Media otak news on Friday 6 February 2015


Segamat: Seorang wanita berusia 46 tahun maut diserang kerbau mengamuk di Kg Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat 11.30 pagi tadi.
Kejadian berlaku ketika Rosnani Wahid dikatakan cuba menghalau haiwan itu menjauhi pokok getah yang mahu ditorehnya.
Namun mangsa tidak menyedari kerbau betina itu sedang cuba melepaskan diri apabila talinya tersangkut pada akar pokok getah.
Saksi berkata, sebaik menghampiri, mangsa ditanduk haiwan itu menyebabkan dia jatuh di atas tanah.
Lebih malang apabila kerbau berkenaan terus menanduk mangsa yang terbaring menyebabkan dia cedera parah di kepala dan badan.
Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu menyelamatkan mangsa tetapi malangnya wanita itu sudah meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintenden M Anuar Ismail mengesahkan kejadian dan berkata, mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.


0 comments:

Post a Comment

Popular Post

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers