aipei: Datuk bandar Taipei Ko Wen-je menggelar juruterbang pesawat malang TransAsia Airways yang terhempas, kelmarin, sebagai wira apabila berjaya mengelak beberapa bangunan sebelum terhempas ke dalam sungai seterusnya mengurangkan jumlah kematian.
Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam kejadian itu - termasuk juruterbang Liao Chien-tsung.
Kejadian berlaku sejurus selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di Taipei pada Rabu. Setakat ini, 15 dilaporkan selamat namun lebih 12 mangsa belum ditemui.
Ko yang tidak dapat menahan sebaknya berkata, Liao benar-benar berusaha menyelamatkan keadaan.
Penduduk Taiwan yang mengucapkan takziah rata-rata memuji tindakan berani Liao.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment